30 May 2012

delusi

Bilamana kau merenung apa yang tidak cukup,
kau mencukupkan
bilamana kau memenuhi apa yang belum,
bilamana diakhir nanti kau berlumba2
memenuhi kehendak nafsu
hasil perkongsian mata2 yang lain
kias dasar harta hiasan.,


hanya penyesalan membawa bukti,
amalan sang susah bukan menyenangkan,
yang pasti hanya ilmu yang berharga.
bukan lagi fatamorgana.

Eskapisme dari kejujuran

Aku tersentuh,terkilan dan terkesima dengan masalah keangkuhan yang timbul di sekeliling,mahu pun pemberontakkan dalaman ini.

Semua manusia inginkan pujian melambung tinggi terapung2 diudara,sambil asap2 yg berkepulan pun muncul,sehingga bidadari singgah tunjuk muka dengan make up yang tebal,lantas penerima pujian tersenyum sampai ke celah ketiak.

Namun pujian beginilah mudah mengangkuhkan umat manusia supaya lemah dimuka bumi  ini sehingga timbulnya cerita2 tambahan untuk menguatkan lagi sokongan dan dorongan untuk terus berselindung disebalik kecacatan yang berlaku.

Aku suka akan 'humble personaliti' yang membuat sumber inspirasi menjadi semakin meluas.
Bebelan ini bukanlah irritasi terhadap sifat semulajadi manusia yang sememangnya tidak sempurna.,namun perkongsian hidup diatas tanah yang sama kalian dan aku jua berpijak ini haruslah mempunyai jaringan untuk membentuk jati diri,dan menguatkan lagi kesatuan sesama umah.

Jadi masalah keangkuahn ini aku kira sebagai  ilusi dan khayalan demi kepuasan peribadi manusia yang tidak mempunyai akhlakdan tamadun.

Dalam agama aku pasti dan yakin pembentukan keperibadian lebih tenang,kerana
'we all not god or godfather who can create others direction'.