09 September 2012

emosi terseksi

Lama tak bersua di ruang pengluah,meludah,meregik,berdegus mahu pun conteng2.
Adakalanya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran,impian tetap impian,biar pun laluan yg dipilih teralalu jauh (bak kata pepatah muda yg terpatah di pasaran itu) = kasi U-turn jauh skit..adoiii

Mungkin aku kira laluan ini fasa ke empat, terpaksa cipta lg satu laluan menjadikannya lima,sepatutnya tiga kott, sudah achieve apa itu yg dipanggil impian..impian bergunung - ganang khas mencipta ruang yg lagi besar dan dekat dlm medium penyampaian sang pengluah...alahaiii

tapi apa2 pun aku terima dengan redha ketentuan illahi, qada & qadar, rezeki, bak kata pepatah yg menguatkan semangat aku lg dan telah inspired nafsu bergelodak kemanusiaan, keangkuahn dan ketenangan duniawi

"If you're depressed, you're living in the past.
If you're anxious, you're living in the future.
 If you're at peace, you're living in the present."
 -Lao Tzu

Peace buat jiwa,raga,emosi terseksi di angkasa

30 May 2012

delusi

Bilamana kau merenung apa yang tidak cukup,
kau mencukupkan
bilamana kau memenuhi apa yang belum,
bilamana diakhir nanti kau berlumba2
memenuhi kehendak nafsu
hasil perkongsian mata2 yang lain
kias dasar harta hiasan.,


hanya penyesalan membawa bukti,
amalan sang susah bukan menyenangkan,
yang pasti hanya ilmu yang berharga.
bukan lagi fatamorgana.

Eskapisme dari kejujuran

Aku tersentuh,terkilan dan terkesima dengan masalah keangkuhan yang timbul di sekeliling,mahu pun pemberontakkan dalaman ini.

Semua manusia inginkan pujian melambung tinggi terapung2 diudara,sambil asap2 yg berkepulan pun muncul,sehingga bidadari singgah tunjuk muka dengan make up yang tebal,lantas penerima pujian tersenyum sampai ke celah ketiak.

Namun pujian beginilah mudah mengangkuhkan umat manusia supaya lemah dimuka bumi  ini sehingga timbulnya cerita2 tambahan untuk menguatkan lagi sokongan dan dorongan untuk terus berselindung disebalik kecacatan yang berlaku.

Aku suka akan 'humble personaliti' yang membuat sumber inspirasi menjadi semakin meluas.
Bebelan ini bukanlah irritasi terhadap sifat semulajadi manusia yang sememangnya tidak sempurna.,namun perkongsian hidup diatas tanah yang sama kalian dan aku jua berpijak ini haruslah mempunyai jaringan untuk membentuk jati diri,dan menguatkan lagi kesatuan sesama umah.

Jadi masalah keangkuahn ini aku kira sebagai  ilusi dan khayalan demi kepuasan peribadi manusia yang tidak mempunyai akhlakdan tamadun.

Dalam agama aku pasti dan yakin pembentukan keperibadian lebih tenang,kerana
'we all not god or godfather who can create others direction'.

02 January 2012

fartism

more i fart,the more you feel it,
the more you fart,i will become your enemy.

sumbang,sembang filem

Filem bukan calang2 sumbangannya terhadap dunia,dan filem yg bermutu penceritaannya,mungkin...mungkin tidak lah menguntungkan,ini disebabkan pembikin menggunakkan akal yg tajam,kesabaran yg tinggi,kerja keras dr seluruh tenaga produksi yg mempunyai dugaan2 yg hebat yg mungkin tak perlu diceritakan..

Menggarap sesuatu cerita yg berkualiti bukanlah mudah disangka,sesungguhnya ianya memerlukan masa yg amat panjang,segala skill pemikiran,kehidupan yg tidak boleh terlepas pandang untuk 'semata2' mewujudkan kehidupan dalam gambar,agar kelak ianya berlingkar menyentuh hati penonton.

Tetapi kalaulah penonton itu sendiri tidak menghayati sepenuhnya lontaran idea yg bermakna,maka kita boleh menggelarkannya " tiada jodoh antara cerita dan penonton",perkara ini berlaku kerana penghayatan tidak diberikan sepenuh hati ketika menonton..,tetapi kalaulah penonton telah menghayati sebuah filem yg bermutu tinggi sajian asli,tapi tak masuk jugak,itu bermakna "jurang yg amat tinggi dari sudut fikiran ataupun kebudayaan",namun kalau la penonton tidak faham jugak keatas filem yg mungkin tak best,"apakan daya,filem kau memang tak best"

Jadi bikinlah filem2 yg berkualiti setiap selang fenomena terakhir yg bermutu,nescaya malaysia akan bangkit dari sudut penceritaan jujur yang hebat dan terlepaslah dari belenggu syahdu..alahaii

Selalunya jika masyarakat dinegara ini pandai menilai,membuat pilihan agar hatinya tersentuh,dengan pulangannya mengharapkan jiwa yg baru dan ilmu perasaan dgn menangkis emosi2 sedeyyyhhh (or pathetic) yang boleh atau mampu diguna pakai untuk hari akan datang,dan peristiwa2 yg bakal menimpa kita,siapa tahu..kita adalah watak dalam cerita tersebut.

moga2 dengan adanya attacment antara pembikin dan penonton, semoga karya kita mekar dipersada dunia..(sambil menyayikan lagu "insyallah by maher zain")