13 January 2011

IDEA yg ideal

filem adalah  salah satu medium bercerita disamping mempunyai bahasa dan nilai estetika nya yang tersendiri.

Idea yang datang mestilah dekat dengan diri sendiri, barulah boleh berseloroh.,mesti ada yang sesuatu yang hendak diperkatakan,kalau tak ,buat hapa kejadahnya kau nak bersuara..,sebagai contoh;
'cik kiah' mempunyai idea di kala kebosanan menimpa ketika menunggu mesin basuh sementara proses' spin' berlaku, lalu die ternampak 'cik gayah' menyidai kain pelikat cap gajah suaminya di belakang rumah.,lalu 'cik kiah' dan 'cik gayah' yang berjiran itu pun ade sesuatu persoalan yang harus diutara dan dirungkai kan atas apa yang berlaku pada suami 'mak beda' yang kahwin lagi satu di golok itu..,tapi jangan lah buat cerita macam dorang.,itu semua 'clishe' lah

Jadi dalam erti kata yang lainnya idea adalah buah fikiran seseorang ketika berfikir.disebabkan filem adalah medium bercerita., idea dalam konteks medium ini, adalah mewakili persoalan yang digerakkan oleh sang peran terhadap gambarannya., namun dalam konteks lainnya 'idea ini juga boleh dianggap konsep,walaupn ia suatu konsep yang abstrak atau absurb..Jadi terpulang lah kepada para tukang dalang medium  ini menggarapkannya melalui bahasa filem dan nilai estetika(motivate) yang menjadi pemangkin kepada metafora atau semiotik yang ideal.(setiap shot boleh berdiri dengan sendirinya,barulah boleh digelar mise-en-scene)

idea boleh datang bila2 masa saja,spontan,kadang2 tak perlukan satu renungan yang tajam, observation yang kuat,kadang2 idea datang  masa nak balik kg halaman sebab gagal jadi filmmaker,atau time berak,dan yang paling best,idea datang time kau tak ada idea -aikk

apa2 pun - 'thanks to tragedy'..,tanpa trajedi,takde lah idea.

jadi untuk menjadikan sesebuah idea itu ideal, semestinya perlu ada kelainan dalam persoalan yang ingin diutarakan,persoalan ini adalah di sebut 'statement' atau 'meseg'., dan untuk mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang 'cik kiah' dalam idustri filem ini,, jangan lah berjiran dengan 'cik gayah'..aduhhh

sekelumit ; pemikiran kritikal

Ini adalah hasil dari sudut pandang,pemerhatian dan pendapat aku..korang kenalah research lagi,dan maksud research yang dicuri dari (Wikipedia, the free encyclopedia) ini adalah ;

"Research can be defined as the search for knowledge, or as any systematic investigation, with an open mind, to establish novel facts, usually using a scientific method. The primary purpose for applied research (as opposed to basic research) is discovering, interpreting, and the development of methods and systems for the advancement of human knowledge on a wide variety of scientific matters of our world and the universe".

Jadi pemikiran kritikal ini boleh di guna pakai dari pelbagai bentuk,termasuk la ilmu2 naratif dan pembentukkan idea untuk sesebuah filem yang bermutu.

Untuk menguat kan lagi pemikiran2 yang kritikal ini perlulah ada keserasiaan dalam percantuman falsafah+kepercayaan itu sendiri

Pemikiran telah dirancang mengikut apa yang berlaku keatas situasi,persekitaran disekeliling kita, disebabkan itulah secara mudah untuk mentafsirkannya;

'persekitaran membentuk pemikiran'
'pemikiran membentuk peribadi'

dan pada masa yang sama proses ini berlaku (didalam proses mengenali diri)

'pengalaman membentuk jati diri,dan prinsip2 hidup'

dan dari situlah lahirnya falsafah dalam diri manusia., daripada falsafah itu sendiri, timbulnye idealogi (gagasan idea).Idealogi adalah sistem kepercayaan yang menjadi asas dan tunjang kepada tingkah laku seseorang (human behavior),dan dari tingkah laku ini juga selalunya dijadikan pendukung kepada keputusan dan penilaian2 yang  baik (rasional) yang seterusnya mempunyai prisip yang dapat mengubah ketamadunan dan
"social change".

Tapi kenapa kritikal bukan logikal?
kerana manusia berfikir dan pemikiran kritikal datang dahulu sebelum terjumpa "anak buah" nya 'human behavior'-proses selepas tingkah laku manusia inilah,'mind set' telah  membentuk logikal akal.

selamat meng 'research' ,  sekian sekelumit - alahai

08 January 2011

basic

act 1
act 2
act 3

*cause create effect
  potential create cinetic
  question create answer

*character @  story driven 

*knowing a narrative

*idea

*premis

*subject matter

*theme

*character & action

*plot / sub plot / plot point

dan hapuskan sentuhan kecundang yang bersepah di industri filem malaysia ini - alahai

06 January 2011

Dedikasi buat pilihan ini

Poem ini aku tulis sekitar 3tahun yang lepas

KETOK-KETOK
Aku manusia yang bergelar insan,
membiarkan angin membawa kehidupan,
membiarkan diri dibelenggu tempat berpijak,
membiarkan hati disentuh robekkan yang haus,
membiarkan jiwa memberontak didalam,
membiarkan kuasa kotor menguasai hidup,
membiarkan maruah hilang tah kemana,
membiarkan harga diri direndahkan ,
membiarkan diri berdiam apa penindasan,
membiarkan kejujuran bergantung tak bertali,
membiarkan diri menghukum akal fikiran,
membiarkan perjuangan dipersia-siakan

Segenap 2011

Pejam celik dah tahun baru,aku masih disini.,perlu la untuk aku terangkan disini semua manusia aku tengok (dari sudut observation mahupun passing by atau secara tidak langsung) cuba untuk menerobos sempadan diri,termasuk aku,(mereka ini tidak tergolong dari golongan materialistik)satu perkara yang harus untuk memecahkan kepompong hidup yang semakin selesa dengan sistem yang lama,jawapannya hanya 1,-dengan jadi manusia yang berguna-moralitily,ia membuahkan buah yang amat sedap selaras apa yang kita semua mahu kan; "bahagia" dunia dan akhirat.

Tenang,indah,subur,nyaman,gurau senda,girang tawa,menangis dalam hati,sedu sedan, sentap,hidup lebih kepada 'enjoy your ride' dengan adanya angan2 kosong yang telus yang belum direalisasikan atau mungkin 'half done',dan impian yang belum termakbul,,banyak orang yang telah aku berjumpa,terjumpa,menjumpai penuh dengan keluhan rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa yang menolak untuk hidup dalam ketidakberkesanan terhadap apa yang diinginkan atau tidak produktif dan efisen.Tapi apa2 pun yang terjadi biarlah aku dengan cara aku sendiri, kerana aku adalah segenap 'aku' di segenap tahun 2011 ini..

05 January 2011

Uuueeew..,aauuuww,,ueeeeww

Salam..,hak bebas individu-bagi aku tak salah aku nak luah or share something.First time menulis blog.,setelah bertahun2 aku mentelaah blog2 dan tulisan2 org lain samada kenal ataupun tidak. Aku bukanlah penulis,aku saja2 tulis,saja nak share,bagi aku menulis boleh kuat kan daya ingatan,writting skill,grammar dll..so first time punya kerja ni,aku nk dedicate poem yang aku dah tulis lama dah ni kepada siapa2 yang nak baca :

JUJUR kini
jujur masa kini ,hanya pada sisip belakang seluar,
jujur masa kini, hanya terletak pada kata2 indah,
jujur masa kini, hanya pada penulisan kerna nama,
jujur masa kini, hanya pada perkataan,
dan jujur kini,hanya untuk melayan perasaan